PERMOHONAN PSU 3.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH 2021

Program Subsidi Upah akhirnya dilanjutkan kepada Program Subsidi Upah (PSU 3.0). Pelbagai pembaharuan yang dibentangkan pada PSU 3.0 ini.

Bantuan dari PERKESO ini mula beroperasi sejak tahun 2020 ketika seluruh negei menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan. Ketika itu, PSU termasuk di dalam pakej Prihatin yang diumumkan kerajaan.

Kini, PSU 3.0 berada di bawah pakej PERMAI.

Antara perubahan yang terdapat pada PSU 3.0 ini adalah;

  • Meliputi semua negeri yang berada di dalam zon PKP, tanpa mengambilkira jenis sektor yang terlibat. (Semua sektor adalah layak memohon).
  • Selama 1 bulan, Bantuan RM600 untuk setiap pekerja yang bergaji RM4000 ke bawah.
  • Had maksimum pekerja ditambah kepada 500 orang pekerja.

Tarikh tutup bagi majikan membuat permohonan adalah pada 30 Jun 2021.

Permohonan dan Semakan PSU 3.0

Permohonan boleh dilakukan dengan layari laman web PSU di laman web berikut: https://psu.perkeso.gov.my/

Klik permohonan baru bagi membuat pendaftaran.

Jika anda ingin membuat semakan status, klik di sini.

psu 3.0

Syarat Kelayakan

  • Pekerja tempatan dengan pendapatan di bawah RM4000
  • Kadar penurunan pendapatan syarikat sebanyak 30% atau lebih.
  • Majikan dan pekerja haruslah berdaftar dengan PERKESO
  • Syarikat Berdaftar dengan SSM.
  • Wajib mengekalkan pekerja dalam tempoh menerima bantuan ini.

Selain PSU,Bantuan Prihatin Rakyat kini boleh mula dibuat permohonan.

Soalan Lazim

Bilakah permohonan dibuka?

1 Januari 2021.

Bilakah tarikh akhir permohonan?

30 Jun 2021.

Berapakah bilangan pekerja layak mendapat bantuan ini?

Terhad kepada

Senarai sektor yang layak memohon PSU 3.0?

Semua sektor di semua negeri yang berada dalam PKP.

Leave a Comment