Pengeluaran KWSP bagi Yang Layak

Disebabkan pandemik COVID-19ini, ramai yang terkesan akibatnya dari segi pendapatan kewangan.

Ramai yang kehilangan kerja dan sumber pendapatan. Terutamanya kepada mereka yang berkerja di sektor swasta dan berkerja sendiri seperti berniaga.

Namun, kita bernasib baik kerana kerajaan sentiasa pruhatin akan nasib yang menimpa rakyat.

Kerajaan telah meluluskan pengeluaran daripad akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jika sebelum ini, akaun 1 cuma boleh dikeluarkan apabila sampai tempoh pencen 55 tahun, namun ianya telah dibenarkan.

Pengeluaran boleh dilakukan daripada RM10,000 sehingga RM60,000 bergantung kepada baki yang terdapat di dalam akaun KWSP pencarum.

Permohonan pengeluaran ini pula dibuat melalui i-Sinar KWSP.

Untuk pengetahuan semua, permohonan ini akan dibuka mulai 21 Disember 2020, manakala bagi kategori lain pula dibuka pada 11 Januari 2021.

Diharap agar inisiatif kerajaan ini dapat membantu mereka yang terkesan akibat pandemik ini.

Semoga wang yang diperolehi dari simpnan KWSP ini dapat digunakan dengan sebaiknya.

Leave a Comment