i Sinar: Permohonan & Semakan Pengeluaran KWSP Akaun 1 Online

i-Sinar merupakan medium yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengeluarkan wang simpnan daripada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Permohonan i-Sinar diperkenalkan selepas beberapa langlah yang dan pertimbangan yang dilakukan oleh kerajaan.

Ianya diperkenalkan ketika pembentangan bajet (Belanjawan) 2020. Walaupun pada pengenalannya, ianya mendapat tentangan hebat di atas mekanisme pelaksanaannya, namun apabila revisi dibuat, ianya semakin baik dan mendapat persetujuan ramai pihak.

Untuk pengetahuan, permohonan i-Sinar ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori mereka yang telah tidak lagi membuat caruman dan juga kategori 2 bagi mereka yang masih membuat caruman, akan tetapi gaji terjejas akibat pandemik melanda dunia.

i-Sinar membenarkan pengeluaran daripada akaun 1 sehingga RM60,000. Namun ianya bergantung kepada baki semasa di dalam akaun 1 KWSP.

Permohonan i-Sinar KWSP Online

Untuk membuat permohonan i-Sinar, anda boleh layari laman web isinar.kwsp.gov.my

Permohonan mula dibuka pada 21 Disember 2020.

Semakan i-Sinar Status Permohonan

Setelah selesai membuat permohonan, anda boleh mula membuat semakan i-Sinar ada 4 Januari 2021.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web ini. klik sini.

Leave a Comment